Assalamu'alaikum sahabat yang dimuliakan Allah. Antara pengajaran yg kita
boleh ambil daripada insiden MH370, masalah jerebu, kemarau, wabak denggi,
amalan syirik yang berleluasa, banyak maksiat berlaku, perpecahan ummat, dan sebagainya:
1. Rapatkan diri dengan Allah - jaga solat, zikir, baca Quran
2. Elak melakukan maksiat
3. Satukan hati dengan doakan orang lain, maafkan, bantu membantu, pesan memesan, buat kerja secara jamaah
4. Setiap penerbangan MAS dimulakan dengan bacaan doa Safar & doa naik kenderaan (seperti Saudi Airline & Royal Brunei)
5. Pramugari MAS diizinkan tutup aurat
6. Hentikan penjualan arak atau benda haram atas penerbangan MAS
7. Berikan peringatan, kaunseling & motivasi kepada staf MAS supaya patuh perintah Allah
8. Hentikan segala amalan syirik termasuk mempercayai bomoh
9. Hormati orang lain & jangan meremehkan sebarang usaha orang lain yang tidak bertentangan dengan syariat
10. Insaf yang kita amat kerdil & amat dambakan bantuan Allah
11. Elak sebarkan maklumat yang tak betul atau yang negatif
12. Sentiasa ingat tentang mati & buat baik seperti akan mati esok
13. Banyakkan berdoa & bertawakkal kepada Allah.
Moga Allah rahmati & berkati kita semua. Aamiin, wassalam.