PETUA 1
Caranya, ambil minyak masak yang telah digunakan. Maksudnya minyak masak yang telah kita gunakan untuk menggoreng ikan. Percik-percikkan minyak tersebut di sekitar tempat yang menjadi port kegemaran untuk kucing melepaskan hajat.
Secara logiknya, kucing tidak akan berak di tempat dia makan. Kucing pun tau jaga persekitaran..ok. Kalau tempat tu ada bau-bau ikan (dari minyak gorengan ikan) dia tidak akan berak di situ. Cubalah..tapi kalau kucing yang hanya makan makanan diproses, saya tak pastilah dia kenal ke tidak bau ikan. Kucing-kucing saya kucing tempatan, makan nasi dengan ikan yang ditumbuk saja.
PETUA 2
1) Adakah rumah anda dijadikan tandas awam oleh kucing-kucing jiran?
2) Adakah anda sudah letih dan muak (bercampur mual) membuang tahi kucing daripada laman rumah anda?
3) Adakah anda sudah puas menyumpah seranah haiwan tersebut (mungkin juga tuannya) bila terpijak tahi kucing yg lembek?
Kalau jawapan anda ya kepada mana-mana soalan di atas atau kesemuanya sekali ini ada satu petua untuk mengelakkan kucing jiran atau kucing tak bertuan daripada melepas di halaman rumah anda.
Anda tidak perlu mengendap menunggu kucing masuk ke halaman rumah dan mengejarnya dgn penyapu lidi atau menyemburnya dgn air. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan sebiji bola atau apa-apa objek yang sama waktu dengannya di halaman rindu rumah. Ya! Letakkan bola sebesar bolasepak. Nak letakkan bola ragbi pun boleh. Tapi janganlah letakkan bola yang terlalu kecil seperti bola golf.
Teorinya: Kucing akan takut nak melepas kerana menyangka ada 'orang' iaitu bola tersebut yang memerhatikan mereka. Lebih kurang seperti menggunakan orang-orang untuk menakutkan burung daripada memakan padi.
sumber: